Rabu, 16 Mei 2012

Butir nangka




Ingredient :


Bahan A ( untuk Butir Nangka )

    • 250 gram tepung beras pulut ( separuh plastik )
    • sedikit air
    • sedikit kapur makan  
    • 20 helai daun pandan ( diblender dengan setengah cawan air dan tapis )
    •  @ pewarna hijau  jika suka.


              Cara membuat Butir Nangka :

                1. Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk
                2. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung jadi doh dan tidak melekat di tangan.
                3. Gentel kecil2 macam biji nangka
                4. Rebus air sampai mendidih, lepas tu masukkan biji nangka tadi yang digentel2
                5. Bila biji nangka tadi sudah naik terapung, itu maknanya sudah masak, dan bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air paip untuk rendaman seketika.



                          Bahan B ( Kuah putih )

                            • santan  dari sebiji kelapa
                            • 1 sudu tepung beras ( untuk memekatkan kuah )
                            • 2 senduk kecil gula (jika tak suka manis kurangkan )
                            • 1 sudu besar halba
                            • secubit garam
                            • sehelai daun pandan


                            Cara membuat kuah :


                                        1. Bagi membuat  kuahnya pula  masukkan santan, halba, garam, gula, sedikit  tepung beras ke dalam periuk, masaklah sehingga mendidih dan mesti sentiasa dikacau agar kuahnya tidak berketul.
                                        2. Apabila butir nangka dah siap masak, tapis dan buangkan air rendaman tadi dan bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya.
                                        3. Biarkan mendidih seketika.
                                        4. Selepas itu bolehlah dihidangkan..sangat sedap di makan masa suam2  dan letak dalam peti ais pun sedap juga..
                                        5. Rasa kuih ni lemak2 manis.


                                        Adiweyah. 2011, November 24. Butir Nangka-resepi Mamaku. Bila Periukku Berbunyi. Retrieved May 10, 2012, from http://adiweyah.blogspot.com/2011/08/butir-nangka-resepi-mama.html.



                                                Tiada ulasan:

                                                Catat Ulasan