Khamis, 17 Mei 2012

Kuih Puteri Mandi

 



Ingredients (7-8 serve)
  • 3 Cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk jadikan doh
  • Perwarna merah, hijau & oren (buat 4 warna)
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 senduk gula (ikut citarasa)
  • Air untuk larutkan gula
  • Daun pandan

Method:
  1. Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam halus.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul (dengan tangan yang bersih) sehingga tepung boleh di buat doh.
  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian & tambah perwarna ke setiap satu bahagian.
  4. Apabila perwarna sudah sebati, bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya leper sedikit.
  5. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
  6. Apabila doh tadi sudah terapung, angkat dan asingkan.
  7. Didalam periuk yang lain, panaskan air, gula dan daun pandan. Apabila air gula sudah mendidih, buang daun pandan tersebut dan tambahkan kelapa parut. Didih sehingga cukup likat (ikut citarasa)
  8. Apabila sudah likat dan mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi dan kacau sebati.
  9. Siap untuk dihidangkan.


Mohdandmeriam, 2010, April 10, kuih muih tradisional melayu kelantan.Life as Pensioners, Retrieved May 2, 2012, from http://mohdandmeriam.blogspot.com/2010/04/kuih-muih-tradisional-melayu-kelantan.html. 
Papan Kekunci, 2011, September 6, Puteri mandi.papan kekunci dot com, Retrieved May 2, 20112, from http://papankekunci.com/2011/09/puteri-mandi/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan