Khamis, 17 Mei 2012

Kuih Kosui



Ingredients (4 serve)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil kapur sireh
  • 1/2 biji kelapa parut (putih shj)
  • 1/2 sudu kecil garam 

Method:

  1. Gula merah & putih dimasak dengan 3 cawan air bersama sehelai daun pandan. Kemudian sejukkan.
  2. Tepung gandum dan tepung ubi dimasukkan ke dalam bancuhan air gula tadi suam-suam, kacau sehingga sebati.
  3. Tinggalkan sedikit air gula tadi untuk dibancuh bersama kapur, selepas itu tapis dan masukkan kedalam bancuhan tepung dan gula tadi.
  4. Setelah sebati adunan tadi, tapiskan dan masukkan kedalam loyang dan kukuskan selama 20 minit dengan api yang sederhana.
Setelah sejuk, boleh la dipotong ikut suka, kemudian gaulkan kelapa parut bersama garam. Taburkan di atas kuih kosui. Siap untuk dihidangkan.


Mohdandmeriam,  2010, April 10, kuih muih tradisional melayu kelantan. Life as Pensioners, Retrieved May 2, 2012, from http://mohdandmeriam.blogspot.com/2010/04/kuih-muih-tradisional-melayu-kelantan.html.

  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan