Khamis, 17 Mei 2012

Kuih Ketayap




Ingredient ( 3-5 orang )


Untuk Kulit 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau 

Untuk Inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan



Method :


Untuk inti;
Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi. 

Untuk kulit;
Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika anda menggunakan santan segera, blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk kemudian letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika anda inginkan warna asal kuih ketayap tidak perlu untuk menggunakan pewarna, kerana warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, tetapi jika anda nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda. 


Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). 


Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidangkan.




Princessharyati. 2007, May 1. Kuih ketayap /gulung. Myresipi.co.  Retrieved May 2, from http://www.myresipi.com/top/detail/1715.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan